Penggunaan Getah Arab

Dalam makanan

Bahan ini digunakan dalam industri makanan menghasilkan gula lapis, gula-gula lembut dan getah serta manisan seumpamanya sebagai penstabil, pengemulsi dan pemekat, [3] serta dalam pembuatan minuman ringan untuk mengikat pemanis dan perasa.[4] bahan ini sering dilarutkan dalam air, sirap gomme, kadang-kadang digunakan dalam koktel untuk mengelakkan gula daripada mengkristal dan memberikan tekstur yang halus.

Dalam kesenian

Bahan ini digunakan sebagai bahan pengikat cat air kerana sifat mudah larut dalam air bersama apa jua pigmen warna ditakarkan. Pigmen ini akan melekat bersama gum arabic meresap pada permukaan seperti kertas setelah air habis menyejat.[5]

Gum arabic turut dipakaikan sebagai pelicau ukiran tembikar yang hendak dibakar agar lebih diperkuatkan mengelakkan kerosakan apabila dikendalikan lanjut.

Rujukan

WikiPedia: Getah Arab //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32625453 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7010027 //doi.org/10.2903%2Fj.efsa.2017.4741 http://powo.science.kew.org/taxon/urn:lsid:ipni.or... //www.worldcat.org/oclc/173182689 https://www.theguardian.com/sustainable-business/g... https://archive.org/details/pastrychefscompa00rins https://archive.org/details/pastrychefscompa00rins... https://web.archive.org/web/20180228042150/http://... https://web.archive.org/web/20180315133744/https:/...